KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye bagi bulan kedua berturut-turut pada Ogos 2023.
Pengendali lapangan terbang itu menjelaskan Malaysia menyumbang lebih 66 peratus atau 7.4 juta kepada 11.2 juta penumpang.
Operasi Turkiye pula mencatatkan 3.8 juta pergerakan penumpang -- peningkatan sebanyak tiga peratus daripada 3.7 juta penumpang yang direkodkan pada Julai 2023, menurut syarikat itu dalam kenyataan pada Selasa.
Di peringkat tempatan, lapangan terbang di Malaysia merekodkan 3.5 juta dan 3.9 juta penumpang masing-masing bagi sektor antarabangsa dan domestik pada Ogos 2023.
Purata jumlah pergerakan penumpang harian tertinggi bagi tahun ini setakat ini juga dicatatkan pada Ogos 2023 dengan 240,000 penumpang.
"Ini sebahagiannya didorong oleh enam pilihan raya negeri (dengan hari pengundian) pada 12 Ogos, cuti umum tambahan pada 13 Ogos pascapilihan raya yang diisytiharkan, dan sambutan Hari Kebangsaan yang serentak dengan cuti sekolah.
"Pergerakan trafik menunjukkan trend yang sama dengan tempoh prapandemik apabila trafik memuncak pada musim perayaan, cuti sekolah dan cuti umum, menunjukkan trend perjalanan beransur pulih," menurut MAHB.
MAHB memaklumkan lebih banyak syarikat penerbangan juga telah menyusun semula laluan mereka menerusi kumpulan kapal terbang yang tersedia dalam operasi, mendorong lebih banyak penerbangan digerakkan ke rantau Asia Timur Laut, serta penyambungan semula laluan ke destinasi prapandemik.
Pelbagai aktiviti syarikat penerbangan telah diadakan bulan lepas, seperti permulaan penerbangan harian Lombok-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Surabaya-KLIA oleh syarikat penerbangan baharu, Super Air Jet, serta penerbangan harian Chennai-KLIA oleh Batik Air Indonesia, tambahnya.
Sementara itu, Batik Air Malaysia memperkenalkan penerbangan KLIA-Auckland sebanyak enam kali seminggu; penerbangan KLIA-Okinawa sebanyak empat kali seminggu dan penerbangan KLIA-Jeddah dua kali seminggu.
AirAsia pula menawarkan semula penerbangan bagi laluan KLIA-Vientiane dengan kekerapan empat kali seminggu dan Batik Air Malaysia memberikan semula perkhidmatan penerbangan harian bagi laluan KLIA-Hong Kong.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) turut meraih manfaat daripada penerbangan AirAsia ke Hong Kong sebanyak tiga kali seminggu yag baru dilancarkan, selain penerbangan harian ke Kuala Namu oleh Batik Air Indonesia.
MAHB menjelaskan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul, Turkiye, jumlah pergerakan penumpang adalah sebanyak 3.8 juta penumpang, melebihi paras 2019 pada Ogos 2023, dengan peningkatan 8.4 peratus daripada angka yang dicatatkan pada bulan sama 2019.
Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan 1.9 juta pada Ogos 2023.
"Momentum pertumbuhan trafik yang mampan ini didorong oleh perjalanan sempena percutian musim panas, pengembangan laluan syarikat penerbangan dan penyambungan semula penerbangan ke destinasi Asia Timur Laut.
"Sepanjang bulan itu, syarikat penerbangan tambang rendah Turkiye, Pegasus dan Anadolujet juga telah memperkenalkan perkhidmatan di laluan baharu ke Kastomonu, destinasi domestik dengan kekerapan masing-masing sekali seminggu," tambah MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Purata jumlah pergerakan penumpang harian tertinggi bagi tahun ini setakat ini juga dicatatkan pada Ogos 2023 dengan 240,000 penumpang.- Gambar fail/Bernama
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.
Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023
MAHB merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye pada Ogos 2023.
Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.
Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB
Ujian tersebut boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatan swasta, termasuk klinik dan hospital pilihan pengembara.
Malaysia Airports sambut baik pembukaan sempadan negara
Pengerusi Malaysia Airports Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan terhadap keputusan terbaharu itu.
Caj perkhidmatan penumpang: Mahkamah tolak rayuan AirAsia berhubung penghakiman terus diperoleh MASSB
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Pestech raih kontrak RM742.95 juta sedia infrastruktur baharu APM di KLIA
Projek tersebut membabitkan penggantian kenderaan baharu APM, bekalan tenaga, komunikasi dan sistem isyarat, stesen peralatan APM, kemudahan penyelenggaraan dan peralatan.
MAHB peruntuk capex sehingga RM700 juta bagi inisiatif Lapangan Terbang 4.0
Sebahagian besar daripada peruntukan itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun pertama pelan itu.
90 peratus kakitangan Malaysia Airports di KLIA telah divaksinasi
Kira-kira 90 peratus petugas Malaysia Airports di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah divaksinasi sejak pembukaan pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) KLIA pada 5 Julai lepas.